Imbau kenangan jejak kaki di Hollywood

Pelakon Jackie Chan berkongsi pengalamannya ketika kali pertama menjejakkan kaki di Hollywood pada tahun 1980an.

Menurut laporan Tabloid, Jackie menceritakan kenangannya itu menerusi buku autobiografi berjudul Jackie Chan: Never Grow Up, Only Get Older.

Dalam buku yang diterbitkan bebe-rapa tahun lalu, Jackie berkata dia pertama kali berada di Amerika Syarikat bagi mempromosikan sebuah filem aksi.

Namun wartawan yang menemu bualnya bukan bertanya tentang filem sebaliknya lebih berminat mengetahui kemampuannya memecahkan batu-bata dengan tangan bahkan memintanya membuat persembahan seni bela diri.

“Saya terganggu dengan pertanyaan-pertanyaan itu. Saya sudah bergelar bintang yang sangat popular di Asia, semua orang menghormati saya, jadi mengapa mereka melakukan saya seperti itu? – Agensi

Jackie berkata dia pertama kali berada di Amerika Syarikat bagi mempromosikan sebuah filem aksi. – Agensi