Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Bagi mengenang jasa guru-guru pegawai kadet, majlis perjumpaan semula bersama mantan guru-guru yang pernah menjadi pegawai-pegawai kadet di sekolah menengah seluruh negara telah diadakan di salah sebuah restoran di Jerudong, baru-baru ini.
Majlis berkenaan bertujuan bagi mengimbas kembali kenangan semasa menjadi pegawai kadet di Askar Melayu Diraja Brunei pada masa dulu yang ketika itu berjawatan sebagai guru.
Selain itu, majlis juga diadakan untuk mengeratkan tali persahabatan yang telah lama terjalin dalam kalangan bekas-bekas pegawai kadet berkenaan.
Turut hadir semasa perjumpaan itu ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Kol (B) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir.
