Thursday, May 15, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imbau kenangan melalui lukisan kedai lama

    SEOUL – Kedai-kedai lama telah menjadi subjek yang berkekalan untuk Lee Me-kyeoung, seorang pelukis berusia 53 tahun, daripada kitaran hidup manusia hingga nostalgia zaman kanak-kanak, apabila tiada sesiapa pun menunjukkan minat sedikit pun terhadapnya.

    “Apabila saya mula melukis kedai-kedai kecil pada akhir 90an, orang tidak suka melihat perkara lapuk dan usang,” kata Lee semasa wawancara dengan The Korea Herald.

    Lee telah menghasilkan lebih daripada 450 lukisan pen kedai lama di kampung-kampung kecil di seluruh negara dalam dua dekad yang lalu sejak 1998.

    “Mereka cenderung menganggap kedai lama sebagai gambaran kemiskinan dari masa lalu, sesuatu yang harus dilupakan. Tapi menurut saya tidak.”

    Selepas menamatkan pengajian dari sekolah seni berprestij, Sekolah Menengah Seni Seoul dan Universiti Hongik, dia berasa buntu kerana tidak tahu apa yang hendak dilukis.

    ‘Ginkgo tree shop’ antara lukisan kedai lama yang dihasilkan oleh Lee Me-kyeoung. – ANN/The Korea Herald
    Lee Me-kyeoung duduk di hadapan lukisannya di studionya di bandar Hanam, wilayah Gyeonggi. – ANN/The Korea Herald

    “Saya sentiasa mendahului yang lain, membuka laluan saya sendiri. Suatu hari, saya menyedari tiada jalan untuk saya pergi.”

    “Awda boleh membuat lukisan yang mungkin dipuji oleh profesor dan penonton awda, atau sesuatu yang bergaya dan menarik. Tetapi awda tidak boleh membuat diri awda terus seperti itu tanpa keinginan yang bersungguh-sungguh untuk melukis sesuatu yang sentiasa memberi inspirasi kepada awda,” katanya.

    Sehinggalah sebuah kedai kecil yang terletak di Gwaneum-ri, wilayah Gyeonggi, pada tahun 1998 telah menarik minatnya semasa dia berjalan-jalan di sekitar rumah di mana dia berpindah setahun sebelumnya.

    “Ia adalah tempat yang saya lalui setiap hari, tetapi pada hari itu, warna misteri bumbung timah yang bersinar di bawah matahari terbenam menarik perhatian saya. Saya tertanya-tanya mengapa saya tidak terfikir untuk melukis ini.”

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedai-kedai ini semakin rosak, mendorongnya untuk mengembara ke seluruh negara seberapa kerap yang boleh untuk menemui tempat-tempat lama yang baharu.

    Pada peringkat awal kerjanya, dia memilih pemaparan realistik kedai lama untuk menggambarkannya dengan tepat. Tetapi dia mula melukis rupa kedai-kedai itu pada zaman kegemilangannya, berdasarkan kehendak pemilik kedai.

    Dia kini menambah ciri baharu dalam lukisannya berdasarkan keterangan daripada pemilik. Lee cuba berbual panjang dengan mereka setiap kali dia menemui subjek yang bagus untuk kerjanya.

    Ciri-ciri tersebut termasuk pokok yang penuh mekar, yang dipotong apabila jalan asfalt dibina berhampiran kedai, dan bangku kayu, yang pernah menjadi tempat pertemuan penduduk tempatan.

    “Saya melukis seolah-olah ia adalah gambar terakhir (untuk kedai) yang akan dipamerkan di pengebumian mereka. Awda ingin kelihatan kemas dan cantik daripada sakit dan tua. Begitulah pemilik kedai dan keluarga mereka mahu mereka diingati,” kata Lee.

    Untuk projek seterusnya, dia bercadang untuk mengusahakan kedai lama yang dibiarkan usang. Lee telah memerhati kedai kecil, yang menjadi subjek lukisannya pada tahun 1999, selama 20 tahun. Ia hampir tidak dapat dikenali, dipenuhi oleh lumut dan lalang.

    “Saya ingin bercakap tentang kitaran hidup, dan bagaimana tubuh manusia dan bangunan stor melalui proses pereputan dan akhirnya kembali ke tanah,” katanya. “Hanya untuk mengatakan ‘hargailah masa kini’.”

    Kini dalam usia 50an, Lee merasakan dia berada pada usia emasnya sebagai seorang artis dengan keyakinan diri dan lebih banyak masa untuk fokus pada kerjanya. Tetapi dia juga menerima kemahirannya akan berkurangan dari semasa ke semasa.

    “Tangan saya akan menjadi perlahan dan kebas, dengan garisan yang saya lukis. Tetapi saya tidak mahu menyembunyikan perubahan, kerana artis juga menjadi tua.” – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/