Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imbauan nostalgia mengusik kenangan

    ULASAN OLEH RUZAINI HJ DUAD

     

    MENAMPILKAN elemen fantasi dan romantik, A Korean Odyssey merupakan sebuah siri drama yang diadaptasi dari sebuah novel popular dari China yang berjudul Journey to the West.

    Dua adik-beradik, Hong Jung-eun dan Hong Mi-ran telah bertanggungjawab dalam menggarap siri drama ini dan Park Hong-Kyun pula telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas peranan selaku pengarah.

    Hakikatnya, ketiga-tiga mereka ini pernah bekerjasama sebelum ini dalam menerbitkan siri drama The Greatest Love pada tahun 2011.

    Antara barisan pelakon yang telah dipilih untuk membintangi siri drama ini adalah Lee Seung-gi, Cha Seung-won, Oh Yeon-seo, Lee Hong-ki, Jang Gwang, Song Jong-Ho, Lee-el, Lee Se-young, Kim Sung-oh dan ramai lagi.

    Kisah bermula dengan menampilkan konflik di antara Son Oh-Gong lakonan Lee Seung-gi dan King Wooma lakonan Cha Seung-won yang masing berusaha untuk cuba merebut satu kuasa namun atas tujuan yang berbeza.

    Antara barisan pelakon yang membintangi siri drama A Korean Odyssey.

    Dalam kembara mencabar yang dilalui oleh Son Oh-Gong itu, dia telah bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Jin Su-mi lakonan Kal So-won.

    Tanpa di duga satu kuasa ghaib telah membawa Son Oh-gong untuk merentas masa ke arah waktu 25 tahun akan datang.

    Dalam tempoh tersebut, King Wooma yang kini dikenali sebagai Woo Hwi-chul telah berjaya memegang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran di Lucifer Entert memegang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran di Lucifer Entert memegang jawatan Ketua Pegawai Pemasaran di Lucifer Entertainment.

    Dia merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan amat popular di kalangan wanita lain namun memiliki sifat yang agak misteri.

    Sementara Jin sun-mi pula membesar menjadi seorang wanita yang cantik dan kaya atas hasil warisan perniagaan hartanah yang dijalankan oleh keluarganya.

    Tanpa di duga dia telah bertemu dengan Son Oh-gong dan bibit cinta di antara mereka mula tumbuh mekar secara perlahan-lahan walaupun hakikatnya mereka berasal dari dua dunia berbeza.

    Lalu, apakah kesudahan di antara kisah pertemuan Son Oh-gong dan Jin sun-mi itu serta adakah cinta bakal terjalin di antara mereka berdua. Untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama A Korean Odyssey sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda