PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto terbaharunya yang tampil bertudung menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, penampilan tersebut adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya sebagai Ain dalam drama terbaharu lakonannya, Senafas Rindu.
“Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu. #senafasrindu,” tulisnya pada kapsyen foto tersebut.
Tidak sampai satu jam foto tersebut dimuat naik, ia telah mendapat lebih 40,000 tanda suka, selain lebih 2,000 komen.
Ramai yang tidak putus-putus memuji kecantikan Lizzy menerusi penampilan tersebut dan tidak kurang juga yang mengharapkan Lizzy benar-benar bertudung suatu hari nanti. – Agensi
