Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imej feminin Cik B pukau warganet

    Perkongsian video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang menggayakan pakaian feminin mencuri perhatian warganet.

    Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang sebelum ini dikenali dengan imej tomboi tampil manis menyarung gaun hitam berkilauan.

    Bukan itu sahaja, Cik B turut kelihatan berbeza dengan solekan tebal pada wajah dipadankan dengan rambut palsu panjang.

    Ekspresi menggoda Cik B ketika dirakam turut mencuit hati warganet malah ada yang tidak tahan melihat kecomelannya.

    “Orang suruh Cik B pakai feminin sikit. Okey!”

    Cik B mengejutkan ramai dengan imej feminin. – mStar

    “Ada lagi yang keliru tak?” katanya menurut mStar.

    Cik B menulis perkara itu pada kapsyen menerusi hantaran video tersebut di akaun TikTok miliknya.

    Sementara itu, warganet di ruangan komen memuji usaha Cik B berpakaian lebih feminin malah ada turut menyamakan wajahnya seperti ibunya iaitu Datuk Seri Vida.

    Namun, ada juga yang terkejut melihat perubahan Cik B dan memintanya untuk kembali dengan imej biasa.

    “Comel dan cantik Cik B!

    “Cik B pakai macam perempuan auto gaya mak dia keluar. Kelakar!

    “Takpelah Cik B pakai jelah hoodie balik, seriau tengok!” komen warganet. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda