Saturday, November 16, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imej Uber dihentam kemunduran budaya syarikat

    SAN FRANCISCO, 26 Feb – Tuduhan-tuduhan seksisme, pengurusan tidak teratur dan persekitaran kerja yang teruk membuatkan Uber cuba untuk menarik imejnya daripada tergelincir apabila persaingan dalam pasaran perkhidmatan itu meningkat.

    “Pengurus-pengurus berpengalaman tahu bagaimana untuk mengelakkan masalah sebegini, atau membuatkan ia seperti tiada masalah sama sekali,” penganalisis Rob Enderle dari Enderle Group berkata apabila membincangkan kerja keras Uber.

    “Ia mempamerkan kurangnya kemahiran pada jawatan tinggi.”

    Uber mengupah bekas peguam negara Eric Holder untuk mengkaji keadaan-keadaan tempat kerja selepas seorang bekas kakitangan mendakwa mengalami gangguan seksual dan seksisme pada firma tersebut.

    Susan Fowler, seorang jurutera yang bekerja di Uber sehingga hujung tahun lepas berkata dalam blognya bahawa pengurusnya melakukan gangguan seksual terhadapnya selepas dia menyertai syarikat itu.

    Pemandu-pemandu teksi di Rom mengadakan bantahan atas keputusan sektor pengangkutan yang membolehkan penggunaan Uber secara meluas di negara itu. – AFP
    Pemandu-pemandu teksi di Rom mengadakan bantahan atas keputusan sektor pengangkutan yang membolehkan penggunaan Uber secara meluas di negara itu. – AFP

    Dia mengatakan dia telah membuat aduan kepada pengurus-pengurus atasan dan kepada jabatan sumber manusia, namun diberitahu ia merupakan kesahan pertama lelaki itu dan mereka tidak begitu selesa untuk menghukum seorang “pelaku berjawatan tinggi.”

    Fowler memberitahu pada perjumpaan seterusnya, para jurutera wanita yang lain di syarikat itu juga mengalami gangguan yang sama, termasuk kelakuan tidak elok daripada pengurus sama yang dia laporkan. Jurutera lelaki diberikan keistimewaan, sementara wanita pula tidak dipeduli, tambahnya.

    “Di belakang tabir, terdapat peperangan dalam kalangan pengurusan atasan dalam pertubuhan kejuruteraan infrastruktur tersebut,” kata Fowler, membandingkan kejadian itu kepada drama fantasi televisyen terkenal di mana kedua-dua pihak bertarung bagi kuasa.

    “Ia kelihatan seperti setiap pengurus memperjuangkan rakan sekerja mereka dan cuba untuk melemahkan penyelia mereka agar mereka boleh memiliki pekerjaan penyelia mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda