Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Imelda terus mengancam

    HOUSTON, 18 SEPT – Ribut Imelda mengancam untuk menurunkan hujan 18 inci di beberapa bahagian Tenggara Texas dan barat daya Louisiana ketika ribut tropika itu bergerak ke pedalaman dalam beberapa hari akan datang.

    Jeff Lindner, ahli meteorologi dan pengarah operasi banjir bagi Daerah Kawalan Banjir Wilayah Harris di Houston berkata ancaman utama dari Imelda masih berpotensi membawa hujan lebat dan banjir.

    “Kami mempunyai beberapa perkara yang menyokong. Tanah kering, ia sudah lama kering di sini sehingga musim panas,” kata Lindner kelmarin.

    “Bahagian awal bagi hujan lebat akan menuju ke arah melembapkan tanah.”

    Ken Graham, pengarah Pusat Taufan Kebangsaan berkata kawasan Houston dan bahagian atas pantai Texas dan Timur Texas akan mendapat hujan lebat sehingga Khamis ketika ribut bergerak ke utara. Hujan Imelda akan terbentang sehingga ke Loisiana.

    Pusat Taufan Kebangssan berkata awal hari ini yang Imelda akan menjadi lemah menjadi ribut tropika dan terletak kira-kira 40km utara barat laut Houston. Imelda menjadi ribut yang pertama dinamakan akan menjejaskan kawasan Houston sejak Taufan Harvey, menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan.

    Harvey menurunkan hujan 50 inci di bahagian bandar yang mudah terjejas banjir pada Ogos 2017, membanjiri lebih 150,000 buah rumah di kawasan Houston dan mengakibatkan kerosakan berjumlah AS$125 bilion di Texas. – AFP

    Beberapa pemandu meredah banjir di Chimney Rock, selatan Brays Bayou di Houston pada 17 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...