Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    IMF bakal bertemu pasukan ekonomi Ukraine

    WASHINGTON, 14 SEPT – Perwakilan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan mengadakan pertemuan dengan pasukan ekonomi Ukraine minggu depan untuk membincangkan mengenai pembiayaan baharu untuk negara itu, lapor Sputnik, memetik Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva pada Selasa.

    “Kami membincangkan penglibatan jangka panjang dengan Ukraine dan bagaimana kami boleh menyediakan program yang membawa manfaat kepada Ukraine secara lebih komprehensif.

    “Kami bersetuju bahawa perwakilan IMF akan bertemu pasukan ekonomi Ukraine minggu depan,” kata Georgieva.

    Terdahulu beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.

    Beliau dan Zelensky turut membincangkan mengenai tempoh masa yang sesuai dan jumlah pembiayaan baharu untuk Ukraine yang mungkin sama seperti pembiayaan kecemasan AS$1.4 bilion yang disediakan oleh IMF kepada Kiev pada Mac.

    IMF mungkin berusaha ke arah menyediakan program yang lengkap untuk membantu Ukraine, kata Georgieva. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...