Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    IMF bakal lawat Pakistan

    KARACHI, 27 JAN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan menghantar satu pasukan ke Pakistan minggu depan untuk membincangkan program bantuan bagi mengatasi krisis pertukaran asing yang menyebabkan import hampir terhenti.

    Negara Asia Selatan itu berada dalam kesempitan ekonomi yang teruk kerana membayar hutang yang tidak berkesudahan, memerangi inflasi yang meningkat dan hanya dengan dolar yang cukup untuk import kira-kira tiga minggu.

    IMF berkata dalam satu kenyataan lewat kelmarin bahawa pasukan pemerhati akan tiba di ibu negara Islamabad pada hari Selasa dalam usaha untuk membantu menyelesaikan masalah negara tersebut. – AFP

    Pelanggan menukar mata wang di pasaran pertukaran wang di Karachi ketika Rupee Pakistan jatuh ke paras terendah ketika Islamabad berkempen untuk meminta bantuan daripada IMF. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...