Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF, Bank Dunia anjur mesyuarat pertama di Afrika

    MARRAKESH, MAGHRIBI, 9 OKT – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia berkumpul di Maghribi hari ini untuk mesyuarat tahunan pertama mereka di bumi Afrika dalam tempoh 50 tahun, di bawah tekanan untuk melakukan pembaharuan bagi membantu negara miskin yang terjejas akibat hutang dan perubahan iklim.

    IMF dan Bank Dunia secara tradisinya mengadakan perhimpunan tahunan menteri kewangan dan gabenor bank pusat di luar ibu pejabat mereka di Washington setiap tiga tahun.

    Bandar Marrakesh di selatan Maghribi sepatutnya menjadi tuan rumah pada 2021, tetapi perhimpunan itu ditangguhkan dua kali kerana wabak COVID-19.

    IMF dan Bank Dunia kali terakhir mengadakan mesyuarat mereka di Afrika pada 1973, apabila Kenya menjadi tuan rumah acara itu dan beberapa negara masih di bawah pemerintahan penjajah.

    Setengah abad kemudian, benua itu menghadapi pelbagai cabaran daripada konflik, siri rampasan kuasa tentera kepada kemiskinan yang tidak putus-putus serta bencana alam. – AFP

    Seorang peserta berjalan melintasi bendera di luar pusat konvensyen yang menganjurkan mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia di Marrakech, Maghribi pada 8 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda