Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF dan Ukraine capai tentatif AS$5.5 bilion

    WASHINGTON, 8 DIS – Tabung Kewangan Antarabangsa berkata pada Sabtu lalu mereka telah mencapai satu tanda persetujuan secara rasmi bersama Ukraine sebanyak AS$5.5 bilion, bagi program bantuan selama tiga tahun untuk negara yang dilanda perang.

    Pengarah urusan IMF Kristalina Georgieva (gambar bawah) menyambut baik perjanjian itu, menambah ia tertakluk kepada kelulusan pengurusan IMF.

    Georgieve berkata dia menghubungi Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu dan memberikan pujian atas “kemajuan yang mengagumkan” dalam pembaharuan dan “dasar ekonomi yang kukuh.”

    “Presiden dan saya bersetuju bahawa kejayaan ekonomi Ukraine bergantung sepenuhnya pada pengukuhan kedaulatan undang-undang, meningkatkan keutuhan badan kehakiman dan mengurangkan peranan kepen-tingan yang diberikan,” katanya.

    Dia menambah “ia sangat penting untuk kita melindungi keuntungan yang dibuat dalam pembersihan sistem perbankan dan memulihkan kos yang besar kepada pembayar cukai daripada resolusi bank.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda