WASHINGTON, 30 APRIL – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin meluluskan bantuan kecemasan berjumlah AS$650 juta kepada Republik Dominic untuk memerangi impak pandemik COVID-19.
Wang tersebut akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan penjagaan kesihatan dan memberi bantuan kepada yang teruk terjejas, tekan IMF, mengalu-alukan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa Dominic untuk meringankan beban kejutan ekonomi. – AFP