Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF lulus pakej sokongan untuk Ukraine bernilai AS$890j

    WASHINGTON, 30 JUN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan satu lagi suntikan tunai kepada Ukraine, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Lembaga eksekutif itu telah menyelesaikan semakan awal program bantuan berjumlah AS$15.6 bilion (€14.4 bilion), yang membolehkan Ukraine mendapat akses segera kepada kira-kira AS$890 juta, menurut IMF hari ini.

    Wang itu akan digunakan untuk menyokong bajet.

    Program pinjaman – yang dikenali sebagai Kemudahan Dana Lanjutan telah diluluskan pada Mac dan merupakan sebahagian daripada pakej sokongan sebanyak AS$115 bilion untuk Ukraine.

     IMF mengesahkan bahawa pihak berkuasa Ukraine telah mencapai “kemajuan besar dalam memenuhi komitmen mereka meski berdepan keadaan sukar”.- Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda