Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    IMF lulus perjanjian pinjaman AS$3.5 bilion untuk Ivory Coast

    WASHINGTON, 25 MEI – Eksekutif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan perjanjian pinjaman AS$3.5 bilion untuk Ivory Coast bagi membantu negara itu menangani krisis kewangan dan membantu transformasi ekonominya, IMF mengumumkan kelmarin.

    Mendapatkan pinjaman sepenuhnya akan bergantung kepada negara Afrika Barat yang membuat perubahan struktur kepada ekonominya, yang dihimpit oleh kemerosotan global dan kesan daripada perang di Ukraine.

    Pinjaman 40 bulan itu akan ‘membantu menyokong transformasi negara ke arah status negara berpendapatan pertengahan atas’ dalam jangka sederhana sambil mengekalkan kestabilan makroekonomi, kata IMF dalam satu kenyataan.

    “Kejutan global berturut-turut telah menjejaskan kewangan awam Cote d’Ivoire serta rizab serantau,” kata Timbalan Pengarah Urusan IMF, Kenji Okamura dalam satu kenyataan, merujuk kepada negara itu dalam bahasa Perancis.

    Program itu akan membantu negara itu menangani ‘kejutan tiga kali ganda’ pandemik COVID-19, pengetatan monetari global, dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, menurut kenyataan IMF. – AFP

    Seorang wanita membawa botol plastik di kepalanya di sebuah jalan di Abidjan pada 23 Mei 2023. IMF baru-baru ini telah meluluskan perjanjian pinjaman untuk Ivory Coast. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -