Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF lulus pinjaman AS$2.5 bilion kepada Sudan

    WASHINGTON, 30 JUN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam meluluskan pinjaman AS$2.5 bilion kepada Sudan.

    Bank Dunia pula memeterai perjanjian untuk penstrukturan semula hutang hampir AS$50 bilion yang membelenggu negara miskin di benua Afrika itu. Pengumuman berkenaan menyusul selepas IMF memuktamadkan perjanjian dengan 101 negara penyumbang.

    Ia membolehkan Sudan menjelaskan hutang tertunggak kira-kira AS$1.4 bilion kepada pemiutang berpangkalan di Washington itu – yang sebelum ini menjadi kekangan utama untuk menerima bantuan dana baharu.

    Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva dan Presiden Bank Dunia, David Malpass, dalam satu kenyataan bersama mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sudan serta rakyatnya atas perkembangan positif itu.

    “Tahniah atas usaha gigih dan kemajuan ke arah pencapaian luar biasa ini,” menurut kenyataan itu.

    Pembayaran hutang tertunggak adalah ‘titik keputusan’ yang memberi laluan kepada akses bantuan di bawah inisiatif Negara Miskin Dibebani Hutang (HIPC) yang memperuntukkan dana menjangkau AS$50 bilion atau kira-kira 90 peratus daripada hutang luar negara terbabit. – AFP

    Gambar fail menunjukkan papan tanda kelihatan di luar ibu pejabat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Washington, DC. IMF telah meluluskan pinjaman AS$2.5 bilion kepada Sudan baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda