Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF luluskan biayaan AS$1 bilion Ecuador

    WASHINGTON, 26 JUN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan pengeluaran dana berjumlah AS$1 bilion untuk Ecuador berikutan dua kajian semula program pinjamannya dengan negara tersebut.

    Pada September 2020, Ecuador memperoleh pinjaman 27 bulan daripada IMF sebanyak AS$6.5 bilion, yang mana AS$4.8 bilion telah pun dihantar setakat ini. Pengeluaran baharu AS$1 bilion itu diumumkan pada Jumaat lalu.

    Perancangan pembiayaan tersebut adalah bertujuan bagi meningkatkan pemulihan ekonomi Ecuador daripada pandemik COVID, memulihkan kemampanan fiskal dan mengurangkan hutang awam.

    “Pihak berkuasa Ecuador telah merancang untuk menggunakan wang perbelanjaan itu untuk sokongan bajet,” kata satu kenyataan daripada IMF.

    “Dengan tercetusnya perang di Ukraine, ia telah memberi kesan buruk kepada beberapa sektor. Harga minyak yang lebih tinggi turut menjejaskan ekonomi Ecuador,” tambah IMF.

    Dalam kenyataannya, IMF turut menekankan perluasan program bantuan sosial bagi Ecuador. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda