Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF, pakistan semakin hampir capai perjanjian

    ISLAMABAD, 28 JUN – Seorang pegawai kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Perdana Menteri Pakistan menyatakan kelmarin bahawa satu perjanjian yang sangat diperlukan berjumlah AS$6 bilion untuk bantuan kewangan akan segera dicapai bagi negara Asia Selatan yang miskin itu.

    Perdana Menteri Shehbaz Sharif bercakap dengan Kristalina Georgieva, pengarah urusan IMF kelmarin, menurut satu kenyataan kerajaan. Kedua-duanya juga bertemu minggu lalu, di luar mesyuarat kewangan global di Paris.

    Kemudian, ketua misi IMF ke Islamabad menyatakan bahawa kedua-dua pihak hampir mencapai persetujuan.

    Rundingan antara Pakistan dan IMF terhenti pada bulan Disember, selepas pemberi pinjaman global itu menangguhkan pengeluaran segmen penting sebanyak AS$1.1 bilion daripada bantuan kewangan. Perjanjian itu pada asalnya ditandatangani pada 2019 oleh pendahulu Sharif, Imran Khan.

    Perjanjian tersebut merangkumi tempoh masa dan jika IMF menjelang Jumaat memutuskan bahawa Pakistan tidak memenuhi syarat perjanjian, dana itu boleh membatalkan keseluruhan pakej bantuan kewangan.

    Beberapa jam selepas Sharif berbincang dengan ketua IMF untuk memulihkan bantuan kewangan, ketua misi IMF di Islamabad, Nathan Porter dalam satu kenyataan yang dinantikan dengan penuh harapan, memberi petunjuk bahawa kedua-dua pihak hampir mencapai persetujuan. – AP

    Penunggang motosikal memandu melalui jalan yang dinaiki air akibat hujan lebat, di Lahore, Pakistan, 26 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda