Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025

    ABU DHABI, 24 JAN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025, lapor Xinhua.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin selepas lawatan kakitangan ke UAE, IMF menyerlahkan daya tahan ekonomi negara itu dan menggariskan faktor utama yang memacu prestasi ekonominya.

    “Pertumbuhan jangka pendek kekal kukuh dan dijangka terus sihat sekitar empat peratus pada 2025, meskipun pengeluaran minyak yang lebih rendah daripada jangkaan berikutan perjanjian OPEC+,” menurut kenyataan itu.

    Sektor bukan hidrokarbon, termasuk pelancongan, pembinaan, perbelanjaan awam dan perkhidmatan kewangan, dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh aliran masuk modal yang kukuh serta peningkatan permintaan terhadap hartanah hasil daripada reformasi sosial dan mesra perniagaan, tambah laporan itu. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda