Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imigresen Labuan tahan 19 pendatang asing

    LABUAN, 11 APRIL – Seramai 19 pendatang asing dipercayai melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen ditahan dalam serbuan di beberapa kawasan penempatan sekitar Labuan, semalam.

    Pengarah Jabatan Imigresen Labuan, Raymond Entalai, berkata operasi dijalankan sekitar 3 pagi susulan aduan ramai serta maklumat risikan berhubung kehadiran pendatang di kawasan berkenaan.

    Beliau berkata selepas memeriksa 26 individu dalam dalam serbuan itu, pihaknya menahan 19 warga Filipina yang terdiri daripada lapan dewasa dan 11 kanak-kanak, didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Labuan.

    “Mereka disyaki menyalahi Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerna tidak memiliki permit atau dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Raymond berkata semua mereka kini ditahan di lokap polis Labuan dan Depot Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda