Monday, November 25, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imigresen tahan 18 pendatang asing

    LABUAN, 7 NOV – Jabatan Imigresen Labuan menahan 18 pendatang asing termasuk kanak-kanak dalam empat operasi berasingan, Selasa lepas.

    Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai berkata penahanan kesemua warga Filipina, India dan Thailand itu dilakukan di pelbagai lokasi termasuk premis perniagaan di kawasan pusat bandar.

    “Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, kesemuanya berusia lingkungan tiga hingga 59 tahun,” katanya kepada Bernama hari ini,

    Beliau berkata kesemuanya sedang disiasat lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda