Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imigresen Tawau tahan 15 warga asing di pusat hiburan

    TAWAU, 1 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau menahan 15 warga asing dalam satu serbuan menerusi Ops Ikrar di sebuah pusat hiburan di Jalan Chen Fook di sini, malam tadi.

    Ketua Pejabatnya Noraini Rasi berkata mereka antara 21 individu merangkumi 17 lelaki dan 10 wanita yang diperiksa ketika serbuan itu.

    “Sewaktu pemeriksaan didapati tiga lelaki dan dua wanita Indonesia serta lapan wanita Filipina gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri manakala dua lelaki Indonesia ditahan kerana salah guna pas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Menurutnya tangkapan dilakukan menurut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan kesalahan di bawah Peraturan 39b Peraturan Imigresen 1963.

    Noraini berkata pihaknya juga percaya premis tersebut dijadikan tempat pelacuran. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda