Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impak positif kepada alam sekitar

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Lebih kurang 250 orang warga Jabatan Perkhidmatan Awam telah melibatkan diri dalam acara ‘Hari Impak’ yang diadakan di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

    Acara tersebut diadakan bagi memberikan impak yang positif kepada alam sekitar melalui kempen kebersihan pantai.

    Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dr Norfarizal bin Othman dalam ucapannya memaklumkan bahawa tujuan utama kempen kebersihan tersebut diadakan adalah bagi menanamkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pegawai dan kakitangan untuk menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar.

    Pegawai Bahagian II ke atas disarankan untuk mengambil bahagian dalam acara kempen kebersihan pantai tersebut.

    Jabatan tersebut berharap bahawa dengan adanya kempen kebersihan itu akan memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan serta pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi contoh dalam mewujudkan kesan yang positif terhadap alam sekitar.

    Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Bahagian Perkhidmatan Personel yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Personel, Pengiran Mohd Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff kerana telah berjaya menganjurkan acara tersebut.

    Turut hadir ke acara tersebut bagi melancarkan kempen berkenaan ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah, Hajah Noor Airah binti Haji Abdul Rahman.

    Jabatan Perkhidmatan Awam menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 20 beg sampah pada acara tersebut.

    Warga Jabatan Perkhidmatan Awam mengutip sampah sarap yang terbiar di tepi pantai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda