Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Impak wabak tidak jejaskan kemapanan ekonomi China

    BEIJING, 17 MEI – Impak pandemik COVID tidak menjejaskan trend pertumbuhan ekonomi China yang mapan, dan tidak mengubah ciri-ciri ekonomi China yang mempunyai daya tahan yang tinggi, berpotensi besar dan luas.

    Jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) China, Fu Linghui berkata demikian ketika mengulas tentang pengoperasian ekonomi untuk April, dalam sidang taklimat pada Isnin.

    Dalam perkembangan lain, kerajaan tempatan bandar raya Shanghai dalam satu pengumuman mengenai situasi pengawalan pandemik COVID-19 memberitahu, 15 daripada 16 daerah di bandar raya itu telah dikategorikan sifar kes jangkitan, oleh itu, aktiviti harian akan kembali kepada normal mulai Jun.

    Setakat Jumaat lalu, lebih 4,400 daripada lebih 9,000 perusahaan industri yang besar di Shanghai telah menyambung semula operasi.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...