Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Benzema tercapai

    MILAN, 11 OKT – Kylian Mbappe berjaya membantu Perancis untuk meraih kejuaraan Liga Negara-Negara apabila meledak gol kemenangan selepas bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menumpaskan Sepanyol 2-1 di Milan.

    Mbappe meledak jaringan 10 minit sebelum perlawanan tamat untuk membantu penyandang juara Piala Dunia itu menjulang trofi berkenaan.

    Sebelum itu Karim Benzema menyamakan kedu-dukan dua minit selepas Mikel Oyarzabal meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-64. Kejayaan itu setidak-tidaknya mengubat kekecewaan selepas mereka tersingkir awal di Euro 2020 apabila tumpas di tangan Switzerland.

    “Saya memang sentiasa mahu memenangi trofi dengan Perancis dan sekarang ia tercapai. Kami menunjukkan kekuatan dari segi perwatakan, kerana pasukan ini sangat kuat, tidak pernah menyerah kalah dan kami berjaya membuktikannya.

    “Ia merupakan petanda ini adalah pasukan hebat yang tidak perlu panik, harus sabar dan tunggu peluang yang tepat,” kata Benzema.

    Les Bleus memulakan aksi di San Siro dengan ketinggalan hasil jaringan pembukaan Oyarzabal.

    Bagaimanapun, mereka memperoleh dua gol menerusi dua penyerang bintang, tatkala Mbappe juga mempunyai beberapa peluang lain menjaringkan gol sebelum Sepanyol melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol Perancis. – AFP

    Penyerang Perancis Karim Benzema (kiri) meraikan kemenangan bersama KylianMbappe (tengah) dan Theo Hernandez selepas menjaringkan gol semasa perlawanan Liga Negara-Negara di antara Sepanyol dan Perancis di stadium San Siro di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda