Bagaikan mimpi jadi kenyataan. Seorang kanak-kanak yang meminati Lionel Messi bercuti di tepi pantai akhirnya bertemu dangan idolanya di tempat tersebut.
Begitulah yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak apabila dia secara tak sengaja bertemu dengan pemain bola sepak kesayangannya.
Mackenzie O’Neill sedang bercuti di Antigua bersama keluarganya sebelum dia terserempak dengan Lionel Messi di tepi pantai.
Lebih manis lagi kanak-kanak itu mengahbiskan masanya untuk bermain bola bersama bintang bola sepak itu. Mereka telah bermain bola selama 40 minit. Beliau juga mengatakan pada mulanya beliau agak malu untuk bermain bola bersama terkenal itu namun keriangan yang kuat pastinya tidak membiarkan Mckenzie berasa gementar.
“Saya langsung tak berdebar. Mula-mula saya agak malu,” ujar kanak-kanak berusia 11 tahun.
MacKenzie turut menyifatkan ia sebagai percutian paling indah buat dirinya. – Agensi
