Impian bina kereta api mini dan landasan jadi kenyataan

ULYANOVKA, RUSSIA – Bagi Pavel Chilin, membina kereta api sendiri adalah satu impian besarnya sejak masa kecil lagi.

Chilin seorang jurutera elektrik berusia 62 tahun memerlukan masa lebih dari 10 tahun untuk membina landasan kereta api berukuran sepanjang 350 meter yang berpusing-pusing menembus landasannya kira-kira 50 kilometer di luar St. Petersburg.

Ia mempunyai pelbagai simpang jalan, jalan mati, landasan gelung bahkan landasan di atas tiga jambatan.

Reka bentuk kereta api wapnya berdasarkan contoh kereta api klasik dari awal abad ke-20.

Chilin membinanya dengan bantuan beberapa peminat-peminat kereta api lain, dan beberapa jiran yang membawanya barang-barang seperti logam dan bahan-bahan lain.

Pavel Chilin (kiri) dan Sergei Terekhov menyiapkan lokomotif wapnya untuk berjalan di sepanjang landasan kereta api peribadi miniatur di kampung Ulyanovka di luar St. Petersburg, Rusia. Chilin mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk membina landasan kereta api sepanjang 350 meter. – AP
Sebuah kereta api wap mini melintasi jambatan di landasan kereta api peribadi Pavel Chilin yang berpusing-pusing melalui perkarangan rumahnya di kampung Ulyanovka di luar St Petersburg, Rusia. – AP

“Saya sangat teruja dengan landasan kereta api ini dan impian kereta api sejak kecil yang saya selalu ingin memiliki kereta api sendiri,” kata Chilin.

“Akhirnya, impian saya menjadi kenyataan.”

Kereta apinya dengan cepat terkenal dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak di sana, yang ingin menguji kereta api itu dan menikmati perjalanan yang perlahan.

Salah seorang pengunjung, Alexei Lebedintsev yang berusia 9 tahun, gembira apabila mendapat peluang menaiki kereta api itu seperti yang sebenar.

“Sangat menarik bagi saya untuk mencuba kereta api ini kerana saya juga ingin menjadi jurutera,” katanya.

Chilin mengatakan ia memerlukan banyak masa dan kesabaran untuk menyelesaikan projek itu.

“Rahsia kecil lain adalah mematikan komputer dan telefon pintar anda untuk sementara waktu agar dapat menumpukan perhatian pada satu perkara penting,” kata Chilin.

Dia mengatakan bahawa dia dan rakan-rakannya sekarang sibuk membina kapal dari wap air dan juga merancang untuk membuat kapal terbang stim. – AP