Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Ed Sheeran jadi sebahagian daripada kelab bola sepak tercapai

    Peminat setia Ipswich, Ed Sheeran, telah membeli sebahagian kecil saham dalam kelab itu menjelang kembalinya aksi Liga Perdana Inggeris.

    Ipswich mengumumkan baru-baru ini bahawa pemuzik Britain itu telah memperoleh 1.4 peratus pegangan pemilikan, tetapi akan menjadi pelabur pasif dan bukan sebahagian daripada lembaga pengarah kelab. Kelab tersebut tidak mendedahkan nilai perjanjian itu.

    Sheeran ialah penyokong paling terkenal kelab itu dan telah menjadi penaja baju Ipswich sejak 2021.

    Status baharunya sebagai pemilik minoriti juga akan memberikannya akses kepada ruang eksekutif di stadium Portman Road, kata kelab itu.

    “Saya sangat teruja untuk membeli sebahagian kecil daripada kelab bola sepak kampung halaman saya,” kata Sheeran dalam satu kenyataan kelab.

    “Adalah impian mana-mana peminat bola sepak untuk menjadi pemilik kelab yang mereka sokong, dan saya berasa sangat bersyukur dengan peluang ini.”

    Ipswich kembali ke Liga Perdana buat kali pertama sejak 2002 dan membuka musim di laman sendiri menentang Liverpool pada Sabtu lalu. – AP

    Sheeran dilihat sebelum perlawanan Kejuaraan Sky Bet di Portman Road, Ipswich, England, pada 16 Disember 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda