Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Impian Ezzanie tercapai

    Baharu dua bulan memasuki tahun 2024 namun pelakon Ezzanie Jasny sudah berjaya mencapai beberapa impiannya termasuk memiliki sebuah kenderaan mewah idamannya.

    Menurut mStar, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, memberitahu dia akhirnya berjaya memiliki kereta jenis Mercedes Benz model A180 hasil usaha kerasnya selama ini.
    “Alhamdulillah, akhirnya saya dapat memiliki kereta idaman saya. Pencapaian terbaru saya untuk tahun ini,” katanya.

    Ezzanie berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

    Menerusi perkongsian di Instastory, pelakon drama I Love You Stupid itu dilihat teruja memuat naik video memaparkan setiap perincian mewah dalam kereta baharunya itu.

    Dalam kegembiraan memiliki kereta baharu, Ezzanie bagaimanapun memberitahu dia masih perlu bekerja keras memandangkan perlu membayar dua buah kereta miliknya.

    Selain Mercedes Benz A180, Ezzanie juga mempunyai sebuah lagi kereta iaitu Proton X50.

    “Apa-apa pun Proton X50 tetap baby nombor satu saya. Kena kerja keras lagi ni nak bayar dua kereta. Syukur Ya Allah,” ujarnya.

    Rata-rata warganet turut berkongsi rasa senang melihat kejayaan yang dikecapi aktres berkenaan dan mendoakan agar Ezzanie sentiasa dimurahkan rezeki.

    “Alhamdulillah, tahniah awak memang layak mendapatkannya atas usaha kerja keras. Moga rezeki semakin bertambah dan lebih berjaya.

    “Alhamdulillah syukur tahniah dear. Semoga Allah mudahkan segala perjalanan hidup awak,” tulis warganet. – Agensi

    Ezzanie teruja dapat membeli kereta mewah idamannya. –mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...