Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Hafeez Mikail dan isteri bakal jadi kenyataan

    Menghitung hari bergelar bapa, pelakon Malaysia, Hafeez Mikail memaklumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

    Memetik laporan mStar, Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki, 32, yang merasakan seperti impian menjadi kenyataan, memberitahu beliau sudah lama menantikan berita baik berkenaan dan bersyukur bakal dikurniakan bayi perempuan tidak lama lagi.

    “Alhamdulillah, impian setiap pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata apabila membina bahtera perkahwinan.

    “Hari ini saat yang sangat kami tunggu-tunggukan. It’s a Girl!” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

    Pendedahan berkenaan dibuat pelakon itu menerusi majlis gender reveal yang berlangsung pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Hafeez turut meluahkan rasa syukur atas doa-doa yang diterima.

    “Terima kasih juga tak terhingga kepada mereka yang hadir ke majlis kecil kami, doa kalian semua amat kami hargai,” ujarya.

    Untuk rekod, Hafeez mendirikan rumah tangga bersama Noor Azira Azman, 28, pada 6 Mei tahun lalu. – Agensi

    Hafeez anggap berita baik tersebut bagai impian jadi kenyataan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda