Sunday, March 30, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Indonesia beraksi di Piala Dunia belum padam

    JAKARTA, 26 MAC – Patrick Kluivert menegaskan kemenangan 1-0 Indonesia ke atas Bahrain di hadapan hampir 70,000 penyokong di Jakarta hanyalah permulaan kepada perjalanan mereka dalam kelayakan Piala Dunia.

    Lima hari selepas melihat pasukannya dibelasah 5-1 oleh Australia dalam perlawanan sulungnya sebagai ketua jurulatih, legenda Barcelona dan Belanda itu akhirnya meraih kemenangan penting. Ole Romeny, pemain Oxford United, menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-24 untuk memastikan tiga mata berharga semalam.

    Jepun kini mendahului Kumpulan C kelayakan Asia dan telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 di Amerika Utara. Australia pula berada di tempat kedua dengan 13 mata, menghuni slot automatik terakhir.

    Dengan baki dua perlawanan, Arab Saudi berada di tangga ketiga dengan 10 mata, hanya satu mata di hadapan Indonesia di tempat keempat, manakala Bahrain dan China masing-masing mengumpul enam mata.

    Pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga dan keempat akan mara ke pusingan kelayakan tambahan – laluan paling realistik bagi Indonesia untuk ke Piala Dunia buat kali pertama sejak merdeka pada 1945.

    Kluivert berkata, sokongan luar biasa di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) membantu pasukannya mengekalkan kelebihan hingga wisel penamat. – AFP

    Aksi Marselino Ferdinan (Tengah), berebut bola dengan pemain Bahrain, Abdulla Al-Khalasi (Kanan), semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia, antara Indonesia dan Bahrain di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda