Thursday, May 22, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian nelayan wanita Maghribi tercapai

    BELYOUNECH, MAGHRIBI  – But yang dipakai oleh Fatima Mekhnas terbenam dalam pasir lembut berwarna emas tatkala beliau meninjau pantai terakhir di wilayah utara Maghribi.

    Perasaan optimistik terpancar dari matanya, bayangan satu impian yang tercapai selepas berdekad-dekad memendam hasrat untuk mencari satu tempat menangkap ikan dalam bot di laut Mediterranean.

    Di belakang beliau, anggota koperasi nelayan wanita pertama di negara Afrika Utara menolak sebuah bot kecil ke laut, bermulanya usaha mereka untuk menangkap ikan dari kawasan perairan biru itu.

    Ketika bot berlepas ke dalam perairan, wanita-wanita berkenaan melompat masuk dan memulakan perjalanan menangkap ikan yang pertama diiktiraf oleh kerajaan. Selepas berlatih selama dua tahun, mereka telah menembusi sempadan mata pencarian yang sebelumnya hanya dilakukan oleh kaum lelaki.

    “Kami tinggal di laut dan jika kami terpisah daripadanya, kami akan mati seperti ikan,” kata Mekhnas, presiden koperasi Belyounech. “Lautan merupakan kehidupan saya dan juga anak-anak dan penduduk kampung.”

    Anggota koperasi nelayan wanita Maghribi menyediakan pukat sebelum keluar ke laut. – AP
    Fatiha Naji (kanan), Fatima Mekhnas (tengah) dan Saida Fetouh keluar ke laut dalam bot nelayan di kampung Belyounech di utara Maghribi. – AP
    Anggota koperasi nelayan menerima latihan pertolongan cemas di kampung Belyounech. – AP

    Belyounech terletak di kaki Gunung Moses, terputus dari dunia luar kecuali satu kawasan yang menghadap laut dan mempunyai pemandangan dari enklaf Sepanyol Ceuta, tujuh kilometer ke timur. Penutupan sempadan Ceuta pada awal tahun 2000 mencetuskan kekacauan dengan ekonomi di kampung tersebut.

    Penduduk kampung lelaki yang pernah bekerja di Ceuta dipaksa kembali kepada tradisi datuk mereka, menangkap sotong, ikan, kurita dan tuna merah dari perairan untuk menyara keluarga mereka dan menjual hasil tangkapan di bandar berhampiran.

    Kaum wanita pula kembali ke dapur mereka.

    “Saya bekerja sebagai tukang bersih rumah dan seorang pengasuh di Ceuta. Saya bekerja untuk keluarga dengan upah 20 euro sehari dan saya boleh memperoleh pendapatan yang cukup untuk menjalani kehidupan selesa. Namun apabila sempadan ditutup, saya hanya tinggal di dalam rumah bertahun-tahun lamanya, melihat laut dari tingkap rumah saya,” kata Khedouj Ghazil, 60 tahun.

    Kemudian, beliau dan wanita lain mulai membaiki pukat dan membersihkan bot, tetapi tanpa gaji.

    Akses wanita kepada pekerjaan bergaji dalam sektor perikanan bebas itu adalah terbatas sebahagiannya disebabkan kekurangan latihan. Sektor itu menyediakan 170,000 pekerjaan langsung dan menjamin mata pencarian kira-kira 5.2 juta penduduk Maghribi, menurut Thami Mechti, dari Pusat Maritim Kebangsaan di Laarache.

    Keadaan tersebut telah berubah sekarang.

    “Selama dua tahun, kami telah memberikan wanita segala latihan yang diperlukan supaya mereka boleh menangkap ikan dengan selamat dan secara profesional dan tahu cara-cara mengelak daripada bahaya,” kata Mechti.

    Daripada 19 wanita menjadi ahli koperasi Belyounech, hanya empat yang sebelum ini berjaya mengaut keuntungan daripada hasil tangkapan mereka.

    “Lelaki tidak suka melihat wanita menangkap ikan di laut,” kata Fatiha Naji, yang dipaksa menjadi seorang nelayan wanita, dan terpaksa berdepan kata-kata hina, selepas suaminya kehilangan kerjanya sebagai penjaja jalanan apabila sempadan ditutup.

    “Saya selalu memikirkan apa yang berlaku sekiranya wanita lain dalam kampung keluar bersama saya,” kata Naji.

    Koperasi itu dilancarkan pada Mac 2018 untuk membantu wanita memasuki pasaran. Pada mulanya mereka membaiki pukat dan jaring, namun kali ini untuk mendapatkan wang.

    Seterusnya wanita berkenaan mulai keluar ke laut.

    “Bekerja di laut bukan senang akan tetapi ia adalah apa yang disukai oleh adik perempuan dan saya. Akhirnya impian kami menjadi kenyataan,” kata Mekhnas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://britefamilydental.com.au/wp-includes/bandarqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/dominoqq/ https://britefamilydental.com.au/wp-includes/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/