Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian ‘netflix’ Neymar tercapai

    PARIS, 28 OGOS – Neymar menyatakan dia ‘memenuhi’ impiannya dengan penampilan seketika dalam rancangan Netflix kegemarannya ketika ada perkembangan terbaharu mengenai drama perpindahannya di Paris Saint-Germain.

    Penyerang Brazil itu tidak sabar kembali ke Sepanyol ketika Barcelona dan Real Madrid cuba memuktamadkan perjanjian sebelum jendela perpindahan Eropah ditutup Isnin ini.

    “Kami meneruskan rundingan, kami semakin hampir memuktamadkannya,” kata pengarah Barca, Javier Bordas kepada wartawan di lapangan terbang Barcelona selepas kembali daripada pertemuan dengan pegawai PSG di ibu negara Perancis itu.

    Namun beliau berkata, “Ketika ini belum ada sebarang perjanjian.”

    Menurut akhbar Perancis Le Parisien, bekas kelab Neymar itu meningkatkan tawaran mereka kepada 170 juta euro, dibayar secara ansuran dua kali dengan kemungkinan disertakan pemain lain.

    Neymar ketika tiba di podium semasa PSG dan Rennes bertemu dalam kejohanan Trofi Juara-Juara Perancis di Shenzhen, China dalam gambar fail 3 Ogos 2019. – AFP

    Barca menjual pemain berusia 27 tahun itu kepada PSG pada 2017 dengan rekod dunia 222 juta euro.

    Terdahulu Neymar berkicau di Twitter mengenai perasaan gembiranya tampil dalam drama jenayah Netflix, La Casa de Papel.

    Pada awalnya babak membabitkan Neymar disunting bergantung kepada hasil siasatan kes rogolnya.

    Sebaik polis Brazil menamatkan siasatan mereka bulan lalu, Netflix menyiarkan episod yang termasuk penampilan penyerang PSG itu.

    “Saya berjaya memenuhi impian dan menjadi sebahagian daripada siri kegemaran saya. Kini saya boleh berkongsi Joao (karakternya) bersama anda semua! Terima kasih @lacasadepapel!” katanya kepada pengikut Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda