Friday, February 7, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian untuk bergelar pelakon bakal tercapai

    Impian personaliti media sosial, Coki untuk bergelar pelakon bakal tercapai apabila dia menerima tawaran untuk menjayakan sebuah telefilem yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

    Menurut Coki atau nama sebenar Muhammad Danish Daniel, 15, sejak dari sekolah rendah dia sudah memasang angan-angan dan berhasrat untuk bergelar seorang pelakon.

    “Sebenarnya saya memang minat berlakon dan sejak dari darjah enam saya pasang impian itu… sebab saya buat YouTube sendiri dan muat naik video di laman tersebut.

    “Tak sangka pula sekarang ini ada tawaran untuk saya berlakon telefilem dan sejujurnya saya memang teruja serta gementar untuk memulakan penggambaran.

    “Persediaan sebelum masuk set lakonan, saya banyak menonton drama dan filem untuk tengok cara lakonan pelakon lain. Dalam masa sama, saya ada belajar berlakon dengan penerbit telefilem ini sendiri,” katanya.

    Coki teruja impiannya untuk bergelar pelakon bakal tercapai. – Agensi

    Pada Sabtu, Coki menerusi Instagram memaklumkan dia menerima tawaran daripada penerbit AA Success Entertainment, Azman Ahmad untuk membintangi telefilem berjudul Syurga Ini Milikmu. Sementara itu, remaja yang mula dikenali menerusi aplikasi Tik Tok ini berkata penggambaran telefilem itu akan bermula selepas mendapat keizinan kerajaan.

    “Penggambaran telefilem akan bermula selepas mendapat keizinan kerajaan, memandangkan kita sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Memang teruja kerana watak yang diberikan kepada saya agak mencabar kerana bermain dengan emosi dan perlu menangis,” katanya yang mengagumi bakat Datuk Rosyam Nor dan Wan Maimunah.

    Ditanya adakah dia bersedia dengan kecaman warganet, Coki berkata dia menerima apa jua bentuk kritikan daripada penonton terhadap percubaan pertamanya itu.

    “Kalau ada orang nak kecam lakonan saya, biarlah… saya hanya nak tunjuk bakat dan saya akan jadikan pengalaman dan peluang ini untuk perbaiki lagi lakonan.

    “Saya hanya nak tunjukkan bakat lakonan dan menerima apa jua komen membina daripada orang ramai. InsyaAllah peluang ini tidak akan saya sia-siakan,” ujarnya. –Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda