WASHINGTON, 22 APRIL – Sudah takdir bukan ajal seorang wanita yang ditembak di dada apabila implan silikon dalam payudara beliau berjaya menghalang peluru daripada menembusi organ dalaman.
Menurut doktor, wanita berusia 30an itu ditembak pada jarak dekat dan peluru terkena pada implan payudara kiri ketika mangsa sedang berjalan-jalan sekitar bandar Toronto di Kanada.
“Implan itu bagaimanapun, mengalihkan jajaran pergerakan peluru, yang memasuki serta terhenti di payudara kanan wanita berkenaan,” menurut satu kajian dalam jurnal perubatan SAGE yang diterbitkan minggu lalu.
Pesakit yang tidak didedahkan namanya itu bergegas ke jabatan kecemasan tempatan di Kanada, mengadu kesakitan pada dada dan dalam keadaan berdarah.
Pakar bedah hanya menemui satu luka pada payudara kiri dan mengeluarkan peluru yang berada di bawah payudara kanannya.
Pihak polis forensik kemudian mengesahkan ia adalah kelongsong peluru bersaiz 0.4 kaliber, menurut kajian yang sama.
Mereka mengeluarkan implan itu dan mengambil gambar untuk dimuatkan dalam kajian.
Imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) turut dilakukan bagi melihat bagaimana peluru itu tidak menembusi payudara diri dan berada pada kedudukan di bawah dada kanan.
“Implan yang melindungi jantung dan rongga intrathorasik ini berkemungkinan besar menyelamatkan nyawa wanita itu,” kata pakar bedah Giancarlo McEvenue.
Walaupun ditembak di dada pada jarak dekat, wanita itu berjaya melarikan diri dengan kecederaan patah tulang rusuk dan implan yang rosak,” katanya. – AFP