HONOLULU, 5 FEB – Sebuah pancuran lava sedang memuntahkan aliran dari sebuah gunung berapi di Hawai, kelmarin, dalam episod terbaharu letusan yang telah berhenti seketika dan kembali semula aktif.
Pancuran dari sebuah lubang letusan gunung berapi Kilauea di Pulau Besar Hawaii mencapai lebih dari 76.2 meter pada malam Isnin, menurut laporan status terbaharu dari Hawaiian Volcano Observatory.
Pada pagi kelmarin, sebuah kamera web menunjukkan aliran lava merah yang kuat.
Letusan itu bermula pada 23 Disember di sebuah kawah di puncak Kilauea, salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia.
Ia merupakan episod kelapan letusan tersebut. Pancuran lava kecil yang sporadik bermula pada Ahad dan semakin intensif, kata pemerhati.
Pancuran lava itu meningkat dari 15.24 meter ke 76.2 meter dalam masa satu jam pada malam Isnin.
Letusan tersebut berlaku di kawasan tertutup Taman Negara Gunung Berapi Hawaii tanpa mengancam rumah atau infrastruktur. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/P21-3_06022025-1.jpg)