Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Import dan eksport perkhidmatan China lepasi AS$1 trilion

    BEIJING, 4 FEB – Industri perkhidmatan China menyaksikan pertumbuhan pesat pada 2024, dengan jumlah import dan eksportnya melepasi AS$1 trilion (RM4.45 trilion), sekali gus memperbaharui rekod dalam sejarah.

    Menurut data statistik oleh Kementerian Perdagangan China, jumlah import dan eksport perkhidmatan mencapai RMB7.52 trilion, menokok 14.4 peratus dari tahun ke tahun.

    Perkhidmatan pelancongan mencatatkan pertumbuhan paling pesat pada 2024, dengan jumlah import dan eksport mencecah RMB2 trilion, meningkat sebanyak 38.1 peratus, sekali gus menyumbang besar kepada peningkatan perdagangan perkhidmatan China.

    Pengarah Institut Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan China Li Jun berkata import dan eksport perkhidmatan tahunan China melebihi AS$1 trilion buat kali pertama, sekali gus mencatat paras tertinggi dalam sejarah.

    Menurut Li, itu menunjukkan  perdagangan perkhidmatan berkembang pesat, daya saing negara itu di pentas antarabangsa meningkat dan kedudukan China dalam jumlah perdagangan barangan dan perkhidmatan terus naik, selain memaparkan daya hidup dan potensi pembangunan yang besar. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda