Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Import eksport China-RCEP cecah rm7.17 trilion

    BEIJING, 30 DIS – Perdagangan import eksport China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mencatat RM7.17 trilion dari Januari hingga November, sekaligus menyumbang 31 peratus jumlah perdagangan luar China.

    Enam negara ASEAN dan empat negara lain telah menyerahkan suara penentusahan secara rasmi, agar RCEP memenuhi syarat berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Januari 2022.

    Menurut Jabatan Pentadbiran Kastam Am China (GAC), daripada 701 fasal bon tanggungan RCEP, sebanyak 174 fasal dipertanggungjawab di bawah GAC sendiri atau secara bersama dengan jabatan lain.

    Dalam satu sidang taklimat kelmarin, GAC turut memaklumkan pihaknya sudah bersedia bagi pelaksanaan RCEP.

    Setakat ini, semua dokumen yang diperlukan untuk diratifikasi bagi import dan eksport telah dikurangkan daripada 86 pada tahun 2018 kepada 41.

    Selain keperluan kerahsiaan, kesemua 38 dokumen boleh diserahkan bagi tujuan permohonan, pemeriksaan dan kelulusan tanpa kertas melalui ‘laluan tunggal’ perdagangan antarabangsa dalam talian.

    Tambah GAC, antara 10 buah negara anggota RCEP yang sudah membentuk sistem ‘pengendali ekonomi sah’ (AEO), China sudah menandatangani pengesahan dengan lima buah negara, menyelesaikan rundingan berkenaan dengan Malaysia dan sedang kerjasama dengan Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...