Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, nama penyanyi kelahiran Singapura Imran Ajmain kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat termasuk di Malaysia. Bukan sahaja lagu-lagu popularnya seperti Seribu Tahun dan Selamat Ulang Tahun Sayang kembali menjadi siulan peminat malah meraih populariti dalam kalangan pendengar generasi baharu. Memetik laporan mStar, pada Februari lalu, konsert Imran di Kuala Lumpur

