Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imran Aqil gementar bergelar bapa muda

    Pelakon dan pengacara Malaysia, Imran Aqil, 25, mengakui berasa gementar kerana bakal bergelar bapa pada usia muda apabila isterinya pempengaruh dan model, Dahlia Rizal bakal melahirkan anak sulung mereka pada Jun depan.

    Menurut Harian Metro, Imran atau nama sebenarnya, Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata, pelbagai perasaan berbaur dalam dirinya ketika ini.

    “Saya berasa teruja dan gementar. Pada masa sama, bertanya dalam diri sama ada mampu menjadi ayah yang baik pada anak kami nanti?

    “Saya juga teringat kenangan ketika kecil dahulu. Siapa yang kenal saya tahu diri ini dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah,” katanya ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, kelmarin.

    Mengulas mengenai keluarganya lagi, kata pelakon filem Soloz: Game Of Life itu, dia mendakwa dirinya dibesarkan bapa kandung yang panas baran dan toksik.

    Imran mahu rahsiakan dahulu jantina anak damit dan serahkan kepada Dahlia untuk berkongsi mengenainya. – Utusan.com.my

    Malah, dia juga mendakwa emak dan abangnya yang juga paling teruk menjadi mangsa panas baran bapanya ketika dirinya masih kecil.

    “Selepas kedua ibu bapa bercerai ketika saya berumur tujuh tahun, saya dipisahkan dari abang, selama empat tahun kerana abang tinggal bersama emak. Sampailah satu masa, kami dapat bersatu semula.

    “Tapi apa yang berlaku itu buat kami menjadi lebih kuat. Malah, hubungan saya dengan abang menjadi sangat rapat hingga saya menganggapnya seperti bapa ketika itu,” katanya.

    Berkongsi persiapan sebagai bapa, kata Imran, dia juga merujuk kepada akaun keibubapaan di laman TikTok dan banyak membaca bahan bacaan berkaitan.

    “Saya juga bertanya kepada rakan artis yang lebih berpengalaman seperti pelakon Ikmal Amry dan Harris Annuar persediaan untuk bergelar bapa.

    “Dari soal jantina anak pula, saya mahu rahsiakan dahulu dan serahkan kepada Dahlia untuk berkongsi mengenainya kepada pengikut bila sampai masanya nanti,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda