Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imran diberi amaran elak adakan lagi protes

    NEW DELHI, 1 JUN – Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanaullah Khan memberi amaran keras kepada parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan supaya tidak mengadakan protes baharu di Islamabad.

    “Saya memberi amaran kepada PTI.

    “Saya nak lihat bagaimana mereka boleh melepasi halangan kali ini,” kata Rana Sanaullah, kelmarin.

    PTI merancang mengadakan perhimpunan di Islamabad untuk terus menekan kerajaan supaya mengumumkan pilihan raya awal.

    Perhimpunan pada 25 Mei lalu telah dicemari pertempuran antara penyokong Imran dan polis, di beberapa bandar termasuk Lahore dan Karachi.

    Imran pada 26 Mei turut membatalkan rancangannya bagi mengadakan perhimpunan kerana bimbang berlaku pertumpahan darah.

    Bekas perdana menteri itu dikatakan sedang mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda