Tuesday, September 26, 2023
25.6 C
Brunei

    -

    Imran Khan mulakan ‘perarakan panjang’ tuntut p’raya awal

    LAHORE, 28 OKT – Bekas perdana menteri, Imran Khan hari ini melancarkan satu langkah digelar ‘perarakan panjang’ di ibu negara, Islamabad, bagi menuntut pilihan raya awal.

    Ia sekali gus menambahkan tekanan kepada sebuah kerajaan yang sudah pun dibelenggu krisis.

    Bekas bintang kriket antarabangsa itu disingkirkan dari kerajaan pada April susulan undian tidak yakin selepas pembelotan beberapa rakan sekutunya, namun dia mengekalkan sokongan awam di negara Asia Selatan itu.

    Beribu-ribu orang dijangka menyertai satu konvoi yang akan membuat perjalanan kira-kira 380km dari Lahore ke Islamabad mula hari ini sehingga minggu depan, berhenti di sepanjang perjalanan untuk mengadakan rapat umum dan mengumpulkan lebih ramai pembantah.

    “Kita perlu menyingkirkan penjarah negara dan pencuri yang mengambil wang negara bagi kepentingan mereka sendiri,” kata Muhammad Mazhar, 36, yang tiba di Lahore hari ini untuk mengambil bahagian.

    “Kita perlu menyelamatkan negara dan mengubah sistem ini, maka saya menyokong Imran Khan,” tambahnya.

    Kawalan keselamatan sudah pun diperketat di ibu negara, dengan beratus-ratus kontena perkapalan diletakkan di simpang-simpang utama, sedia untuk menghalang orang ramai yang berarak jika mereka menyerbu enklaf kerajaan.

    Pertempuran tercetus antara penyokong Khan dan polis semasa bantahan serupa pada Mei.

    Perarakan dirancang ketika pakatan memerintah kerajaan bergelut untuk menghidupkan semula ekonomi yang merosot dan menangani kemusnahan pasca banjir yang mengakibatkan satu pertiga negara itu ditenggelami air – dan bil pemulihan sekurang-kurangnya AS$30 bilion. – AFP

    Aktivis parti pembangkang Pakistan, Tehreek-e-Insaf (PTI) mengibarkan bendera sebelum memulakan perarakan panjang antikerajaan ke Pakistan bagi menuntut pilihan raya awal di Lahore, 28 Oktober, yang dilancarkan bekas perdana menteri, Imran Khan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...