Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    IMTS 2023: Jumlah eksport negara meningkat 7.4%

    Oleh Salawati Haji Yahya –
     
    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Jumlah eksport Negara Brunei Darussalam meningkat sebanyak 7.4 peratus pada bulan September 2023 berbanding bulan Ogos 2023, yang mana peningkatan ini adalah disebabkan oleh peningkatan Bahan Api Galian, terutamanya disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport Minyak Mentah dan Produk-produk Petrokimia. 
     
    Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengongsikan, walau bagaimanapun jumlah perdagangan mencatatkan penurunan sebanyak 4 peratus pada bulan September 2023 berbanding bulan Ogos 2023, penurunan ini adalah disebabkan oleh penurunan jumlah import sebanyak 19.1 peratus. 
     
    Manakala lima komoditi import utama pada bulan September 2023 adalah Bahan Api Galian (68.5 peratus), diikuti oleh Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan (11.5 peratus), Makanan (6.8 peratus), Barang-barang Keluaran Kilang (5.0 peratus) dan Bahan Kimia (3.6 peratus). 
     
    Sementara pasaran eksport utama pada bulan September 2023 adalah Australia (24.3 peratus), diikuti oleh Singapura (17.3 peratus) dan Republik Rakyat China (15.3 peratus) yang mana komoditi eksport terbesar ke negara-negara tersebut adalah Bahan Api Galian dan Bahan Kimia. 
     
    JPES turut menjelaskan, sumbangan terbesar rakan dagangan import ialah Malaysia (32.3 peratus), diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (21.0 peratus) dan Kazakhstan (15.6 peratus), dengan Bahan Api Galian sebagai komoditi import terbesar. 
     
    Sebanyak 62.3 peratus import adalah digunakan sebagai Barangan Perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh Barangan Modal (34.3 peratus) bagi operasi perniagaan dan Barangan Penggunaan (3.4 peratus) bagi kegunaan isi rumah. 
     
    Manakala sebanyak 95.8 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut. Ini diikuti oleh pengangkutan udara (3 peratus) dan melalui darat (1.2 peratus). 
     
    Bagi tempoh Januari hingga September 2023, jumlah perdagangan adalah sebanyak $17,719.1 juta yang terdiri daripada eksport bernilai $10,639.6 juta dan import berjumlah $7,079.5 juta, yang mana mencatatkan jumlah perdagangan yang berlebihan sebanyak $3,560.1 juta. 
     
    Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) bagi bulan September 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn. 
     
    Prestasi perdagangan negara bulan ke bulan bagi Negara Brunei Darussalam. – GAMBAR SERAHAN JPES
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...