Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Imuda dianugerah Datuk, rai kerjaya seni 40 tahun

    Pelakon Imuda kini bergelar Datuk apabila menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang kelmarin

    Selama lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Imuda atau A Rahim Muda, 65, menganggap ini satu kejayaan yang juga penghargaan buat kerjaya seninya.

    “Ribuan terima kasih atas ucapan kepada saya kerana menerima anugerah daripada kerajaan negeri Pulau Pinang. Selepas begitu lama berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 40 tahun lalu, inilah masa dan saatnya untuk meraikan kejayaan bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga buat seluruh anak seni yang lain di negeri Pulau Pinang,” katanya.

    Imuda turut berkongsi rasa gembira itu di laman Facebook miliknya. Beliau antara 103 penerima Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri tahun ini.

    Bukan hanya bergelar pelakon, Imuda juga aktif sebagai seorang pelukis dan karya-karyanya seninya pernah diterbitkan dalam komik Gila-Gila sebelum ini. Menerusi bidang lakonan watak Budin dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pastinya antara yang sering diingati peminat sehingga hari ini.Imuda juga pernah membintangi filem seperti Mekanik, Kembara Seniman Jalanan, Hati Bukan Kristal dan Mat Gelap. – Agensi

    Imuda kongsi kegembiraan terima anugerah. – mStar

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda