Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    ‘Imuniti hibrid’ beri perlindungan terbaik

    PARIS, 1 APRIL – Orang yang mempunyai ‘imuniti hibrid’ kerana telah divaksin sepenuhnya dan sebelum ini dijangkiti COVID mempunyai perlindungan paling kuat terhadap virus itu, menurut dua kajian baharu hari ini.

    Selepas dua tahun pandemik yang telah menyaksikan hampir 500 juta orang dijangkiti dan berbilion-bilion divaksinasi, kajian itu menekankan kepentingan untuk mendapatkan suntikan bagi mereka yang mempunyai imuniti semula jadi selepas pulih daripada penyakit itu.

    Satu daripada dua kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet Infectious Diseases menganalisis data kesihatan lebih 200,000 orang pada 2020 dan 2021 di Brazil yang dilanda teruk, yang mempunyai angka kematian COVID kedua terbesar di dunia.

    Ia mendapati bahawa bagi orang yang telah pun mendapat vaksin COVID Pfizer dan vaksin AstraZeneca menawarkan 90 peratus keberkesanan terhadap kemasukan ke hospital dan kematian, CoronaVac China mempunyai 81 peratus dan vaksin Johnson & Johnson yang hanya memerlukan suntikan satu dos sebanyak 58 peratus.

    “Keempat-empat vaksin ini telah terbukti memberikan perlindungan tambahan yang ketara bagi mereka yang mempunyai jangkitan COVID sebelumnya,” kata pengarang kajian, Julio Croda dari Universiti Persekutuan Mato Grosso do Sul.

    “Kekebalan hibrid akibat pendedahan kepada jangkitan semula jadi dan vaksinasi berkemungkinan menjadi norma di seluruh dunia dan mungkin memberikan perlindungan jangka panjang walaupun terhadap varian yang muncul,” kata Pramod Kumar Garg dari Institut Sains dan Teknologi Kesihatan Translasi India dalam satu ulasan yang dikaitkan dengan kajian.

    Sementara itu, kajian menggunakan daftar seluruh negara Sweden sehingga Oktober 2021 mendapati bahawa orang yang pulih daripada COVID mengekal-kan tahap perlindungan yang tinggi terhadap jangkitan semula sehingga 20 bulan.

    Orang yang mempunyai imuniti hibrid dua dos vaksin mempunyai risiko jangkitan semula 66 peratus lebih rendah daripada mereka yang hanya mempunyai imuniti semula jadi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...