Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inara bantah kerajaan Indonesia tutup TikTok Shop

    Isteri penyanyi Indonesia Virgoun iaitu Inara Rusli membantah penutupan TikTok Shop yang menjadi sumber pendapatannya sejak berpisah dengan suami.

    Inara berkata, sekiranya platform itu ditutup sumber pendapatannya akan terjejas dan tidak dapat menanggung tiga orang anaknya yang sedang membesar.

    “TikTok sumber pendapatan pertama saya untuk terus hidup, tiba-tiba sudah tiada ia memberi kesan kepada saya,” katanya.

    Inara, 30, meluahkan perkara itu selepas kerajaan Indonesia membuat keputusan menutup TikTok Shop di negara itu berkuatkuasa 4 Oktober lalu.

    Memetik kenyataan mStar, wanita itu berharap pihak kerajaan Indonesia mengkaji dan menambah baik peraturan berhubung isu tersebut.

    “Kalau hendak ditutup, saya tak setuju sebab masih ramai mendapat keuntungan berbanding rugi.

    “Jadi pertimbangkan keputusan itu dengan menambah baik peraturan agar semua pihak mendapat manfaat,” ujarnya.

    Walaupun terkesan, Inara bagaimanapun memberitahu masih mempunyai pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan kehidupan harian. – Agensi

    TikTok Shop adalah pendapatan pertama Inara untuk besarkan anak-anak selepas failkan penceraian. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda