Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inara didakwa seorang yang garang

    Nama Inara Rusli terus menjadi bualan ramai malah ada mendakwa isteri kepada penyanyi Virgoun itu seorang yang garang.

    Menurut mStar yang memetik laporan Detik Hot, Inara juga pernah menukar pembantu rumah sebanyak 50 kali dalam tempoh tiga tahun kerana ramai tidak tahan dengan sikapnya.

    Tidak berdiam diri, Inara tampil menjelaskan tuduhan tidak berasas itu dan yakin Virgoun menyebarkan fitnah berkenaan bagi memburuk-burukkannya.

    “Banyak betul masa saya sampai sentiasa tukar pembantu rumah tapi kalau awak boleh jaga saya masa sakit dan anak-anak, jangan berkira kenapa pembantu rumah ditukar,” katanya.

    Inara bagaimanapun tidak menafikan perkara itu kerana ingin mencari pembantu rumah yang terbaik bagi membantunya menguruskan rumah tangga dan anak-anak mereka.

    “Tak mungkin saya kerap sangat tukar sampai 50 orang! Saya cuma nak yang terbaik untuk anak-anak saya.

    “Soal pembantu saya memang berhati-hati sebab mahukan yang terbaik,” jelasnya. – Agensi

    Inara enggan melayan tuduhan Virgoun. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda