Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Inara mahu cari lelaki tampan, tidak selekeh

    Selepas sah bercerai dengan Virgoun pada 10 November lalu, Inara Rusli artis dari Indonesia kini sedang mencari teman hidup baharu.

    Inara atau Inara Idola Rusli, 30, berkata, dia mengidamkan seorang lelaki yang mempunyai rupa paras tampan.

    Dalam masa sama, Inara turut berharap supaya pasangannya itu tidak selekeh dan pandai bergaya.

    “Sepertinya saya mahukan seorang lelaki yang good looking. Dan dia juga lebih pandai untuk berfesyen,” katanya menurut laporan mStar.

    Inara memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya kelmarin.

    Tambah Inara, dia juga berharap agar bakal suaminya itu mampu untuk memimpin keluarga dengan baik selain mempunyai kewangan yang stabil.

    Meninjau ke ruangan komen, ada warganet yang menyatakan kehendak Inara itu adalah disebabkan pengalamannya yang lalu bersama Virgoun.

    “Kerana telah disakitkan dengan yang bad looking, sakitnya itu bertambah parah.

    “Dia cari good looking sebab pengalaman dapat orang yang tiada rupa dan juga sikap yang buruk,” kata mereka. – Agensi

    Inara kini mencari lelaki yang good looking. – Haibunda.com
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda