Selain mahu menyaman Virgoun, Inara Rusli juga mahu menuntut hak royalti untuk beberapa buah lagu yang dicipta bersama bekas suaminya itu.
Kata Inara, dia mengambil tindakan itu kerana mahu memperjuangkan haknya sebagai pencipta kepada beberapa buah lagu semasa mereka masih bergelar suami isteri.
“Lagu itu dicipta selepas nikah. Jadi royalti akan masuk di dalam harta sepencarian jadi kita tunggu sahaja keputusan hakim,” katanya memetik DetikHot.
Menurut peguam yang mewakili Inara iaitu Arjana Bagaskara, sebanyak tiga buah lagu dihasilkan bersama termasuklah lagu mengenai anak perempuan mereka berjudul Surat Cinta Untuk Starla.
“Tuntutan royalti 50 peratus akan dilakukan terhadap tiga buah lagu yang mana-mana ketiga-tiga itu akan menjadi milik Inara.
“Hak royalti itu akan dimasukkan ke dalam akaun anak saya selepas ini,” kongsinya.
Pada Mei lalu, Virgoun memfailkan cerai terhadap Inara selepas isterinya mendedahkan kecurangannya secara terbuka.
Untuk rekod, Virgoun dan Inara telah mendirikan rumah tangga pada 2014.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun. – Agensi


