Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Inara menangis kena siasat polis

    Pempengaruh media sosial asal Indonesia iaitu Inara Rusli menangis selepas menjalani soal siasat di balai polis atas dakwaan membuka telefon milik bekas suaminya iaitu penyanyi Virgoun tanpa izin.

    Detik melaporkan Inara atau Inara Idola Rusli, 31, menitiskan air mata kerana kecewa dengan tindakan Virgoun yang enggan menarik semula saman difailkan terhadapnya malah berniat melihat dia dipenjarakan.

    “Saya tidak tahu kenapa jadi begini. Dia (Virgoun) seharusnya menjadi bapa yang bijak dan saya ini adalah ibu kepada anak-anaknya.

    “Dia sepatutnya menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak dan bukannya memberikan kesusahan dan menyeksa saya,” katanya.

    Memetik laporan mStar, Inara turut meluahkan rasa tidak puas hati soal pemberian nafkah yang jauh daripada permintaannya.

    Dakwa Inara, Virgoun hanya membayar IDR20 juta (RM6,000) berbanding IDR75 juta (RM22,000) yang diminta sebulan untuk tiga anak mereka.

    “Sebelum ini dia tidak pernah mempersoalkan bayaran nafkah tapi lain pula jadinya. Kalau saya tidak bekerja macam mana saya ingin menyara anak-anak?,” ujarnya.

    Sebelum ini, Virgoun memfailkan saman terhadap Inara atas kesalahan wanita itu membuka akses telefon bimbit miliknya tanpa izin.

    Inara didakwa membaca segala butiran dalam telefon bimbit penyanyi berkenaan sewaktu mereka masih bergelar suami isteri. – Agensi

    Inara tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasibnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...